NOTA

KONSEP PERUBAHAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat Wawasan 2020. Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.    

Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class? akan menentukan kejayaan perubahan insan.(Mohd Najib ,1997)

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan ialah salah satu fakta yang wujud dalam pendidikan. Ada faktor luaran dan dalaman yang mendesak dan menekan untuk melakukan perubahan.

Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya (Carzo dan Yanouzas)

Menurut Oliver (1996) dalam Buku The Management of Educational Change : A Case Study Approach, perubahan didapati lebih mengambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.


KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN


Carlopio (1998) penting untuk meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikan dalam pelaksanaan dan amalan.

Fagerlind dan Saha (1982) perubahan dalam pendidikan penting untuk menggerakkan masyarakat sepanjang kontinum perkembangan.

Inovasi perlu berlaku dalam teknologi terkini, perubahan dalam sistem dan prosedur bekerja bagi menjimatkan tenaga, masa dan kos tetapi pada waktu yang sama mampu meningkatkan produktiviti.

Perubahan pendidikan perlu berlaku dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan semasa negara dan kerajaan yang memerintah di samping menyesuaikan dengan agenda dunia peringkat antarabangsa.

Bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan. Melalui penyelidikan, pelbagai isu dan permasalahan ditemui dan tindakan penambahbaikan perlu dilakukan.

Memastikan negara Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dan bidang-bidang lain berbanding negara-negara maju yang lain.


Kepentingan lain ialah :

Mengurangkan konflik 
  • Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.

Meningkatkan Daya Pengeluaran
  • Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranya perubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .

Meningkatkan motivasi
  • Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan.

JENIS-JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan iaitu:

1) Perubahan ke arah peningkatan
   Perubahan ini memberi kesan kepada komponen-komponen tertentu       dalam organisasi seperti berlakunya perubahan dalam struktur organisasi, memperkenalkan teknologi baru dan mengadakan program pembangunan staf untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti staf.

2) Perubahan strategik organisasi
    Perubahan yang dilakukan mengikut persekitaran dan melibatkan keseluruhan organisasi seperti mendefinisikan semula peranan organisasi, perubahan nilai teras organisasi, pembentukan semula misi dan visi serta perubahan struktur dan strategi organisasi.

3) Perubahan reaktif (ada tindakbalas)
   Perubahan ini berlaku akibat tindakbalas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders). Kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan. Contoh perubahan PPSMI (Pengajian matematik dan sains daripada bahasa melayu kepada bahasa inggeris).
4)  
Perubahan akibat daripada jangkaan (kesedaran)
Perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetetif.


STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN  

Amanda Credaro (2006) menyatakan pengurusan perubahan merupakan aktioviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai, manakala pelaksanaannya merupakan tindakan secara praktikal atau proses fizikal dalam penghasilan dan penggunaan inovasi.

Perubahan yang hendak dilaksanakan hendaklah berdasarkan model-model atau pendekatan tertentu. Antaranya ialah Dasar Pandang ke Timur yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982.

Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk :
  • meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan negara. 
  • mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
  • mengubah minda dan budaya rakyat agar lebih kreatif, inovatif serta maju tetapi tekal dengan budaya Timur.
  • menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat yang mampu bekerja dalam pasukan, mengutamakan pengeluaran dan mutu, peningkatan kecekapan serta kejayaan dalam jangka masa yang panjang.

Strategi Perubahan
  1. strategi kekuasaan
  2. strategi pujukan
  3. strategi pendidikan semula
  4. strategi memudah cara

strategi kekuasaan
  • pihak atasan atau pentadbir menggunakan kuasa autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang.
  • boleh menggunakan ganjaran pada perubahan positif atau hukuman bagi perubahan  negatif.
strategi pujukan
  • memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua atau agen perubahan.
  • memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi  meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan kebaikan sesuatu perubahan.
strategi pendidikan semula
  • penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerah maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan perancangan mereka sendiri.
  • agen perubahan mendorong pemikiran dan melakukan refleksi terhadap tindakan yang telah diambil.
  • dengan mengenalpasti kekuatan dan kekurangan, kumpulan sasaran didorong untuk merancang tindakan yang baharu.
strategi memudah cara
  • kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber yang diperlukan.
  • sumber adalah seperti barangan atau perkhidmatan teknikal.
  • tujuannya ialah untuk memastikan tiada sebarang halangan untuk meneruskan perubahan yang telah dirancang.

PEMBINAAN NEGARA BANGSA (PNB)


Proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan dalam jangka masa panjang.

Hasrat PNB ialah :
  • membina rakyat yang mempunyai jati diri dan imej Malaysia tetapi masih mempunyi kekuatan dan jkehebatan untuk bersaing peringkat antarabangsa.
  • menghasilkan modal insan cemerlang atau modal insan kelas pertama melalui ilmu dan pendidikan, penjanaan ekonomi, penghayatan agama, transformasi budaya dan politik.
  • sumber manusia yang berkualiti (mempunyai ketahanan dan sanggup menghadapi cabaran) yang mampu mencorak hala tuju negara ke arah Wawasan 2020.
  • pembinaan modal insan merangkumi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

PENGURUSAN PENDIDIKAN
Pendidikan ialah asas dalam pmbinaan modal insane bagi sesebuah Negara. Kecemerlangan Negara sangat bergantung kuat kepada pendidikannya yang mampu melahirkan pemikir. Pemikir-pemikir yang akan mengeluarkan pelbagai idea yang membawa perubahan dalam corak kehidupan manusia. Pendidikan secara formal bermula di sekolah. Sekolah  adalah tempat untuk melahirkan pemikir yang berkualiti bergantung kuat kepada pihak sekolah seterusnya menjadikan para pemikir bermanfaat untuk Negara. Pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah Negara melalui beberapa aspek pendidikan iaitu kepimpinan, pengurusan bilik darjah yang kondusif dan landskap maklumat.

KEPIMPINAN
Kepimpinan di sesebuah organisasi menentukan bentuk perubahan yang diperlukan dan menjadi penentu kejayaan sesuatu perubahan yang dijalankan. Pengurusan terpimpin memainkan peranan utama dalam membentuk sekolah berkualiti. Terdapat ciri-ciri kepimpinan terpimpin iaitu pemimpin memimpin, visi yang jelas dalam pengurusan perubahan, berhati-hati dalam memilih jawatankuasa pelaksan atau pasukan bertindak Ahli Jawatankuasa dengan mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli, menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat dan mengutamakan elemen kemanusiaan. Pemimpin yang menjadi penggerak perubahan perlu ada sikap memahami dan toleransi bagi memastikan setiap perubahan akan diterima dengan senang hati oleh orang yang dipimpin. Ciri-ciri kepimpinan terpimpin adalah seperti berikut:
·   
    Pemimpin Memimpin
Dalam konteks ini, pemimpin memimpin menggunakan pendekatan pengkongsian idea yang meneliti setiap menggunakan pendektan pengkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli. Justeru, mereka mampu memilih satu keputusan bersama-sama walaupun keputusan terakhir diputuskan oleh pemimpin itu sendiri. Dengan cara ini, ahli kumpulan yang dipimpin akan berasa puas hati dan hal ini juga mendorong perkembangan kemahiran ahli kumpulan. Ahli kumpulan berasa lebih bermotivasi menjalankan peranan masing-masing dengan berkesan dan situasi ini menjadikan sesuatu tugasan lebih berkualiti.

·   Visi Yang Jelas Dalam Pengurusan Perubahan
Seseorang pemimpin perlu jelas dengan visi dalam pengurusan perubahannya. Sebagai agen perubahan, seseorang ketua perlu membina gambaran yang jelas tentang apa jua yang hendak dicapai pada akhirnya dan gambaran tersebut sepatutunya pratikal dan berkesan, tidak sekadar memenuhi permintaan dan gesaan pihak lain. Visi tersebut perlu difahamkan kepada ahli kumpulan yang turut sama terbabit dalam proses perubahan. Setiap organisasi mempunyai visi masing-masing, contonhnya kita dapat lihat visi sekolah dipaparkan pada dinding bangunan pentadbiran. Hal ini adalah untuk menyebarluaskan visi sekolah yang perlu difahami oleh seluruh warga sekolah dan dengan itu setiap warga sekolah memainkan peranan dalam memastikan visi tersebut tercapai.

·   Menubuhkan Jawatankuasa pelaksana atau pasukan bertindak
Pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dengan mengambil kira pengalaman, keupayaan dan kebolehan serta kesungguhan setiap ahli. Kalangan yang senior, berpengalaman dan berkemahiran wajar dilantik memegang tugas utama yang memandu perubahan dalam kumpulannya. Mereka merupakan kumpulan yang membantu pemimpin dengan menawarkan bimbingan dan latihan kepada kalangan junior, mengatur strategi dan pelan tindakan serta menjadi pemikir yang mencetuskan idea-idea yang bernas dan konstruktif.

·   Menumpukan Perhatian Khusus Pada Perubahan Yang Dibuat
Sentiasa mengikuti perkembangan dan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh pasukan bertindak. Seseorang pemimpin yang berkesan akan kerap bertemu dengan ahli-ahlinya untuk mengikuti perkembangan bagi setiap tindkan dan proses yang berjalan. Perjumpaan-perjumpaan yang diatur bertujuan mencari penyelesaian terhadap sesuatuisu yang berbangkit ketika proses perubahan berlaku. Sekiranya sesuatu isu dihadapi, kemudian cepat diatasi, maka perubahan akan lebih lancar. Kegagalan akan melanda sekiranya seseorang ketua mengabaikan pasukan bertugas dan meyerahkannya bulat-bulat kepada pasukan bertugas untuk menangani setiap cabaran dan isu yang dihadapi.
·   
    Mengutamakan Elemen Kemanusiaan
Manusia mempunyai karenah yang pelbagai dan keperluan manusia juga berbeza. Ada sesetengah pihak memerlukan pihak memerlukan masa yang panjang untuk berubah,tetapi tidak kurang yang positif dengan perubahan kerana cepat memahami tujuan dan kebaikan sesuatu perubahan yang hendak dilakukan. Sebagai pemimpin yang menjadi penggerak perubahan, sikap memahami dan toleransi adalah sangat perlu bagi memastikan setiap perubahan akan diterima dengan senang hati oleh yang dipimpin.
Manusia memerlukan perhatian dan pemahaman daripada seseorang pemimpin. Oleh itu, pemimpin perlu mendengar apa-apa sahaja masalah yang diluahkan oleh ahli kumpulannya lalu mencari pendekatan yang sesuai untuk mengatasinya. Kemahiran interpersonal sangat perlu dikuasai oleh pemimpin dalam menguruskan perubahan yang hendak dibawa dan digerakkan bersama-sama dengan ahli kumpulan yang berjaya bagi mendorong mereka untuk  terus menghasilkan kerja yang berkualiti dan dengan itu menambah hasil produktiviti,
Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:
1.    Mentaliti
·  Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
·  Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
·  Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
·  Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2.    Kemasyarakatan
·         Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
·         Sikap positif dan terbuka.
·         Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
·         Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
·         Moraliti
·         Mempunyai disiplin diri yang unggul.
·    Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah,   ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
·         Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.
Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:
·   Empati iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
·  Kesedaran akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
·   Kebolehan untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa    sekalipun  apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Gaya Kepimpinan Mengikut Teori Laluan Matlamat
1   

  •     Kepimpinan Berorentasikan Arahan (Directive Leadership)

I      Dikaitkan dengan gaya penyampaian atau memberi penjelasan kepada     pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk menyelesaikan. Arahan yang baik disampiakan kepada pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.
2   

  •     Kepimpinan Berorientasikan Sokongan (Supportive Leader)

I         Merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Dismaping itu, seorang pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobility social dan turut menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasan mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan sesuata tugasan.


  •     Kepimpinan Berorientasikan Penyertaan (Participative Leadership)
Gaya ini merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukanpenyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat menyumbang idea sertapandangan. Begitu juga dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.
4     

  •      Kepimpinan Berorientasikan Pencapaian
Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka. Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang bersinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut.

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Bilik darjah merupakan tempat para murid menerima pelajaran, dibimbing dan diasuh dengan pekerti dan personality yang mulia, dicungkil bakat dan kelebihan dengan melonjakan kemahiran pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid, digilip daya kreativiti yang unik serta dilatih dengan unsur-unsur ketahanan diri yang kuat dalam mengahadapi cabaran. Maka dengan suasana persekitaran bilik darjah perlu diubah suai sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masa kini. Antara elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah adalah seperti pendekatan yang berpusatkan murid dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Ruang pembelajaran yang kondusif ialah ruang di mana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pendangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Maka pendekatan berpusatkan murid adalah releven dengan masa kini. Unsur-unsur persekitaran sedia ada murid serta amalan budaya telah diamalkan perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan kemudahan  yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid. Golongan ini mempunyai potensi diri yang besar yang dapat memanfaatkan negara.

Elemen Penting Perubahan Pengurusan Bilik Darjah
·   
    Pendekatan Berpusatkan Murid

  •             Ruang Pembelajaran yang kondusif ialah ruang dimana murid mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan dan pendapat, memilih aktiviti yang lebih sesuai dengan minat mereka serta ruang yang membenarkan murid mencuba dan meraih pengalaman. Pendekatan berpusatkan murid adalah pendekatan terkini yang lebih relevan
  •              Bagi memastikan pembelajaran berpusatkan murid, sesebuah bilik darjah hendaklah menyediakan keperluan dan kemudahan yang selesa dan lengkap. Main ialah suatu pendekatan yang mampu mendorong murid mencipta suatu pengalaman yang bermakna dan seterusnya mendorong murid mengenali diri sendiri dan mengenal diri sendiri serta bakat yang ada di dalam diri mereka.
  •               Perkembangan personality, pemupukan kemahiran intrapersonal dan interpersonal, pekembangan sosioemosi semuanya dapat dikembangkan melalui main.
  •         Penemuan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran berasakan masalah, guru juga perlu kerap menggunakan pembelajaran berasaskan budaya dan berasaskan pembelajaran main.

·         Kemudahan Pengajaran Dan Pembelajaran

  •               Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan dan ditambah, malahan kemudahan yang disediakan perlu mampu memenuhi kepelbagaian bakat dan kecerdasan murid.
  •                Kemudahan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak khas juga tidak boleh diabaikan. Golongan ini mempunyai potensi diri yang besar yang dapat dimanfaatkan Negara.
  •                Kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira latar belakang dan sosiobudaya murid.
  •               Unsur-unsur persekitaran sedia ada murid serta amalan budaya yang telah diamalkan perlu diambil kira dalam menyediakan kemudahan pembelajaran murid.
Corak Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan
Murid-murid mempunyai perbezaan dari segi matlamat, kebolehan dan personaliti. Guru harus mengambil kira faktor-faktor tersebut untuk membentuk satu persekitaran dan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
·   Susunan kelas perlu diberi perhatian. Contoh murid lemah diletakkan bersama murid pandai tetapi jika silap perancangan murid yang pandai akan membuli murid yang lemah banyak perkara yang berlaku di luar perancangan.
·   Persekitaran pembelajaran yang kondusif perlu mengambil kira elemen-elemen seperti fizikal, emosi dan sosial

Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
·   Matlamat utama pengurusan bilik darjah adalah mengekalkan persekitaran  bilik darjah yang positif, kondusif dan produktif
·         Tiga elemen yang peru dipertimbangkan:-
                                  i.        pengurusan masa
                                ii.        peluang pembelajaran
                               iii.        pengurusan kendiri
                         
Persekitaran Bilik Darjah Yang Positif
·  Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui proses pembelajaran dengan baik.
·         Murid berasa tenang, seronok dan bermotivasi untuk belajar
·         Rutin dan peraturan bilik darjah
                              i.       Rutin bilik darjah
                            ii.        Peraturan
                           iii.        Akibat

Perancangan Ruang Pembelajaran
· Perancangan pembelajaran ialah perancangan fizikal ke atas ruang yang terdapat di dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran termasuk ruang persendirian untuk murid-murid, ruang untuk aktiviti dan ruang untuk bahan-bahan pembelajaran

Mengekalkan Persekitaran Berkesan Untuk Pembelajaran
·  Galakkan penglibatan murid
·  Langkah pencegahan :

  1.                Guru sentiasa mengawasi murid dan aktiviti yang berlaku serentak
  2.                      Murid perlu sedar guru sentiasa mengawasi mereka.
  3.                      Guru merancang dan menyelaras aktiviti dengan berkesan
· Komunikasi berkesan

Ciri-Ciri Bilik Darjah Yang Berkesan

  • suasana demokratik di dalam bilik darjah
  •  guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitator
  • menimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati
  • guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan
  • guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti
  • jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid
  • guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid
  • pembelajaran berasaskan individu
  • mempunyai semnagat kekitaan
  • mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah
LANDSKAP MAKLUMAT
Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah kepada pihak sekolah mengemaskinikan system maklumat dan komunikasi pada peringkat sekoalh dalam memastikan warga sekolah sama ada guru atau murid memperoleh maklumat terkini. Murid memerlukan maklumat dan data terkini untuk menambah pengetahuan padaperingkat global. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam memastikan landskap maklumat yang sempurna, antaranya ialah pusat sumber dan peranan guru.

Pusat sumber
Pusat Literasi Teknologi Maklumat di mana murid mampu mengakses pelbagai maklumat, bahan dan rujukan untuk kegunaan mereka sendiri. Kepelbagaian sumber dan bahan bacaan dalam bentuk e-buku, e-perpustakaan dan e-jurnal merupakan sumber terkini yang memerlukan kemahiran dalam pencarian maklumat.

Peranan guru
Pihak yang bertanggungjawab  terhadap perkembangan dan kebolehan murid. Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, setiapp guru nwajar menguasai kemahiran TMK dalam memastikan murid sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan. Hal ini merupakan satu perubahan yang perlu berlaku dalam tempoh masa terdekat. Bagi memastikan guru mampu memainkan peranan dalam hal ini, kurikulum latihan guru memuatkan kemahiran TMK kepada guru-guru pelatihnya. Selain ditawarkan kepada guru-guru praperkhidmatan, kemahiran TMK juga ditawarkan kepada guru-guru dalam prkhidmatan.

TRASNFORMASI DALAM KURIKULUM

SILA KLIK DI SINI :
http://www.youtube.com/watch?v=TEJYmH57_Z4

Antara strategi yang terpenting dalam memastiakn pengurusan inovasi dan perubahan pendidikan adalah melalui penambahbaikan kurikulum. Kepentingan terhadap pembaharuan dalam kurikulum telah banyak diperkatakan, antaranya Banathy (1992) menyatakan bahawa perubahan dalam sesuatu sistem pendidikan memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubung kait antara semua bahagian dalam pendidikan. Jenlink et sl (1996) berpendapat bahawa komuniti yang membawa perubahan perlu membantu komuniti membangunkan visi mereka dalam system pendidikan yang ideal, mendorong stakeholder berperanan dalam berkongsi visi pendidikan serta melibatkan semua pihak agar berminta dan turut serta terhadap visi baharu yang di bawa.
Januari 2011 bermula Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah di Malaysia. KBSR akan diperkukuhkan dan ditambahbaik menjadi KSSR. Transformasi ini melibatkan rekabentuk , organisasi, penegasan kurikulum, peruntukkan, masa dan pengurusan kurikulum.

Prinsip Pelaksanaan KSSR  
·         Pendekataan bersepadu.
·         Perkembangan individu secara menyeluruh.
·         Pendidikan yang sama untuk semua murid.
·         Pendidikan seumur hidup.
Tunjang utama KSSR
·         Komunikasi
·         Sains dan Teknologi
·         Perkembangan Fizikal dan Estetika
·         Kerohanian
·         Sikap dan Nilai
·         Kemanusiaaan Dan Ketrampilan Diri
Dalam KSSR, p&p akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna. Kita mengharapkan transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke 21. Semua pihak sama ada di dalam sekolah atau pihak luar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung harus bersedia menghadapu cabaran pelaksanaan KSSR.

SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PERBINCANGAN MENGENAI TRANSFORMASI KURIKULUM :
http://www.youtube.com/watch?v=ir6bwP8VBNY&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=UIyfFmjU1QI&feature=relmfu

TRANSFORMASI UNTUK ORANG ASLI:
http://www.youtube.com/watch?v=Yg88VaZzbaQ&feature=related

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL:
http://www.youtube.com/watch?v=qPpVk_cMkqk&feature=related

SEKOLAH BESTARI
Sekolah Bestari bermaksud pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Tindakan yang paling utama dalam melaksanakan Sekolah Bestari adalah persediaan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari. Guru perlu melalui latihan semula dalam lima kemahiran bagi memenuhi konsep Sekolah Bestari. Antara kemahiran yang ditekankan adalah kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal, kemahiran membimbing, penilaian dan penaksiran serta kemahiran teknologi. Fahaman bahawa Sekolah Bestari ialah sekolah yang menggunakan computer adalah kurang tepat sebaliknya Sekolah Bestari turut meliputi sekolah-sekolah di kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik dan kemudahan. Hal ini bererti, teknologi yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai, malahan guru mampu membimbing murid mereka cipta sesuatu dengan menggunakan apa jua yang ada dipersekitaran mereka. Sekiranya perkara ini dapat dilaksana, maka murid yang kreatif dan inovatif berjaya dihasilkan.

SILA KLIK LINK DIBAWAH INI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT :
http://www.youtube.com/watch?v=5Z8nZpXR4Os
Konsep Sekolah Bestari
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran –pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran –pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.
Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.
Objektif Sekolah Bestari
Obkektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:
1.    Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
2.    Mendemokrasikan pendidikan
3.    Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
4.    Memupuk perkembangan menyeluruh individu
5.    Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu
Syarikat Usahsama, Telekom Smart School Sdn. Bhd
Syarikat usahsama, Telekom smart school sdn. Bhd terdiri daripada (7) syarikat tempatan. Selain itu tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut :
• BT Multimedia (Malaysia) sdn. Bhd
• Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.Bhd
• NIIT Malaysia Sdn Bhd
Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari
Komponen utama dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart Sdn Bhd ialah yang berikut :
1     Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
·         Bahasa Melayu
·          Bahasa Inggeris
·         Sains
·         Matematik
2     Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisisan   untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:
·         Governan Sekolah
·         Pengurusan Hal Ehwal Murid
·         Pengurusan Sumber Pendidikan
·         Pengurusan Kewangan
·          Pengurusan Sumber Manusia
·          Pengurusan Sumber Luar
·         Pengurusan Kemudahan
·         Pengurusan Teknologi
·          Pengurusan Asrama
3     Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian system dan peralatan bukan-IT
4     Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut :
· Antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan infrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan pusat Data.
·    Antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah
·    Antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
·   Antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
·   Integriti data dan persekitaran selamat
·  Antara penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia.
Tempoh Projek Rintis
Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn Bhd.
Rancangan Masa Depan
Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan semua sekolah yang lain untuk  menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA

SILA KLIK DI SINI :
http://www.youtube.com/watch?v=RIGW4i66Nqg
Bidang Keberhasilan Utama Negara/ National Key Result Area (NKRA) merupakan gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. NKRA ialah tindakan lanjutan bagi Petunjuk Prestasi Utama/ Key Perfomance Indicator (KPI) yang menjadi piawai kepada pencapaiana anggota pentadbiran dan penjawat awam. Terdapat enam NKRA yang bertanggungjawab kepada kementerian-kementeriann yang terbabit. Dalam melaksanakan strategi perubahan melalui empat sub NKRA, kerajaan telah memperuntukkan RM 30 bilion bagi pendidikan rendah dan menengah melalui RMK10. Peruntukkan tersebut diafihkan untuk program bantuan dan biasiswa pelajar, membina 80 sekolah bahari disamping mengubah suai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang daif di seluruh Negara. Sub NKRA merupakan pendekatan dalam usaha membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta bernilai tambah membangunkan ekonomi baharu.                                                
Perincian 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)?
1.    NKRA yang pertama :Mengurangkan Kadar Jenayah
SILA KLIK DISINI:
http://www.youtube.com/watch?v=RNhBefXDq8M
·  Sesebuah negara yang menuju ambang kemajuan seperti Malaysia perlu berada dalam keadaan aman dan damai. Jauh dari segala bentuk ancaman dan jenayah. Walau bagaimanapun di mana-mana negara di dunia pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Pastinya ada sahaja dari masa ke semasa kejadian-kejadian yang sukar untuk dielakkan daripada ianya berlaku.
· Oleh yang demikian, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk itu, kerajaan telah mengenal pasti NKRA pengurangan jenayah dan di pecah bahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  •            Jenayah jalanan: Jenayah jalanan diberi penekanan kerana didapati ia mendatangkan trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga juga anggota masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan jenayah jalanan termasuklah curi ragut, samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api. Statistik menunjukkan jenayah kategori ini bukanlah enteng-entengan kerana ia merupakan 17% daripada keseluruhan indeks jenayah 2008. Manakala hot spots kepada jenayah jenis ini telah dikenal pasti terutamanya di empat kawasan utama iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Didapati, negeri-negeri ini mencatat sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan jenayah jalanan pada tahun 2008. Oleh sebab itu kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan ini sebanyak 20% pada penghujung tahun 2010.

  •           Keselamatan awam: Penumpuan akan diberikan dalam hal penambahbaikan persepsi rakyat terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sedia ada terutamanya RELA akan dikemas kini dan diberi latihan secukupnya secara lebih teratur. Ini  termasuklah penyeragaman uniform supaya mereka dapat dilibatkan bersama PDRM khususnya dalam usaha membanteras jenayah jalanan. Dalam usaha ini, balai-balai yang berkaitan akan dinaiktarafkan serta peralatan-peralatan yang diperlukan akan turut ditambah. Selain itu, langkah-langkah pengawalan dan pencegahan akan ditingkatkan lagi dengan menambah peralatan CCTV.

  •           Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan: Untuk menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan pula, Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk mengkaji cara-cara mempercepatkan proses perundangan terhadap kes-kes tertangguh misalnya dengan mewujudkan tribunal atau mahkamah khas bagi jenayah jalanan.
2.    NKRA yang kedua – Memerangi rasuah
SILA KLIK DISINI :
http://www.youtube.com/watch?v=yaKIAlPie78&feature=relmfu
·  Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.
·  Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking  Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
·  Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.
3.     NKRA yang ketiga  – Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
SILA KLIK DISINI :
http://www.youtube.com/watch?v=PA1EZ21mX0E&feature=related
· Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya.  Justeru, kerajaan  akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.
·   Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.
• Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.
Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012.  Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.
Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Bai’ah baru  kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
Selain itu , sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh,  akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi  pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.
4.     NKRA yang keempat – Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
SILA KLIK DISINI:
http://www.youtube.com/watch?v=FOstAZlSmks&feature=relmfu
· PM bertekad untuk membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010 sesuai dengan matlamat RMK9. Mengikut rekod sistem e-kasih, terdapat hampir 45,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara. Daripada jumlah itu, lebih 11,000 telah disahkan statusnya dan telah pun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala pengesahan status lebih 14,000 KIR di Sabah dan Sarawak sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dijangka selesai pada penghujung tahun 2010.
·  Sehubungan ini juga, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan sentiasa mendengar rintihan serta merasai denyut nadi rakyat dan tidak sekali-kali memandang mudah soal kebajikan rakyat. Kerajaan mahu setiap bantuan yang dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang tepat. Oleh itu, bermula Januari 2010  semua bantuan kebajikan untuk rakyat akan dibayar pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan.
·  Sememangnya, sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara tidak dapat dinafikan. Malah, kaum hawa membentuk separuh dari penduduk Malaysia. Bersesuaian itu kerajaan berhasrat untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jumlah usahawan wanita. Sehingga Jun 2009 sahaja, seramai 717 wanita yang berpotensi untuk dibimbing menjadi usahawan dalam program Sahabat Amanah Ikhtiar telah dikenal pasti. Justeru, kerajaan dengan ini menetapkan matlamat untuk menambah lagi jumlah usahawan di kalangan wanita ini kepada seramai 4,000 orang  menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.
5.    NKRA yang kelima : Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
SILA KLIK DISINI :
http://www.youtube.com/watch?v=sL51tkQm43Q&feature=relmfu
·  Bersesuaian dengan semangat dan konteks ajaran al Quran Surah Al-Hashr ayat 7 bahawa, janganlah hendaknya harta dan kekayaan itu beredar di kalangan orang-orang berada sahaja bahkan sepatutnya ia melimpah ke seluruh negara. Maka, atas prinsip maslahah umum juga, tiada yang sepatutnya tercicir dari merasai mahsul kemakmuran.
·  Lantaran itu, pentadbiran kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan pedalaman. Menjelang tamatnya tahun 2010 dirancang sepanjang 750 km jalan luar bandar akan siap dibina di Sabah dan Sarawak. Jumlah ini akan ditambah lagi kepada 1,500km atau dua kali ganda daripada perancangan awal. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM4 bilion dan akan siap terlaksana sebelum penamat tahun 2012.
·   Jalan-jalan yang akan dibina terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu jalan berturap (paved), jalan kerikil (gravel) dan jalan tanah yang akan memberi kemudahan perhubungan serta faedah kepada hampir 2 juta penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak.
·  Manakala di Semenanjung Malaysia pula, bagi tempoh yang sama, liputan rangkaian jalan luar bandar akan dipertingkatkan bagi memastikan kesemua rakyat tinggal paling jauh pun, 5km dari kemudahan jalan berturap. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan bermakna jumlah peruntukan yang diperlukan bagi penyediaan infrastruktur asas sehingga 2012 adalah sebanyak RM5 bilion.
·  Pada masa ini, liputan bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak masih belum memuaskan iaitu masing-masing di sekitar 62%. Justeru, Kerajaan telah menetapkan pada akhir RMK9 liputan bekalan air bagi kedua-dua negeri berkenaan akan dipertingkatkan kepada 70%. Kerajaan begitu serius untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada semua rakyat dalam tempoh terdekat ini. Jadinya, tindakan segera akan diambil untuk meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012. Untuk tujuan ini sejumlah RM2 bilion diperuntukkan dan akan membawa kemudahan kepada 60,000 buah rumah.
·  Selanjutnya, memandangkan pada masa ini liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak juga masih rendah iaitu masing-masing sekitar 80% berbanding 99% di Semenanjung, Kerajaan bermatlamat untuk meningkatkan liputan bekalan elektrik di kedua-dua negeri tersebut kepada 95% pada akhir tahun 2012. Sejumlah RM3.9 bilion akan diperuntukkan untuk tujuan ini yang akan membawa nikmat kepada 80,000 buah rumah. Kerajaan juga menyasarkan untuk memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.
·   Kerajaan turut berhasrat untuk menyediakan kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin dan sehubungan itu, Kerajaan akan membina dan membaik pulih sejumlah 50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung 2012 di seluruh Malaysia.

6.    NKRA yang keenam – Menambah Baik Pengangkutan Awam dalam jangka masa sederhana

SILA KLIK DISINI :
http://www.youtube.com/watch?v=Oiz3otmrjaU&feature=relmfu
·  Dalam era Malaysia melangkah sebagai sebuah negara maju, kerajaan berhasrat untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
·  Mengikut pada statistik Kementerian Pengangkutan, pada masa ini hanya 16% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan sistem pengangkutan awam. Jadi, Kerajaan menyasarkan bahawa peratus ini akan ditingkatkan lagi kepada 25% pada penghujung tahun 2012. Namun, harus disedari, untuk meningkatkan peratus ini, ia melibatkan pelbagai pelaburan yang besar, mapan dan berjangka panjang. Walau apa pun, buat langkah permulaannya, PM mengumumkan menjelang penghujung 2012, tambahan 35 set “4-car-train” akan beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya.
 




 





No comments:

Post a Comment